Thursday 2 January 2014

Cara Mudah & Murah Tingkatkan Sistem Imun

Berbanding dulu,kini ramai yang telah menyedari kepentingan PROBIOTIK. Kita dikhabarkan, pengambilan bakteria baik yang terkandung dalam minuman yogurt ini, amat baik untuk kesihatan perut dan sistem penghadaman. Perut rasa lebih selesa.

Namun begitu, isu sebenar yang lebih besar membabitkan PROBIOTIK ialah meningkatkan sistem imun. Langkah ini amat penting kerana scenario dunia hari ini menyaksikan kemunculan pelbagai virus baru yang mana cara jangkitan dan penangannya cukup hebat – JE, SARS, dan H1N1 (sekadar menyebut beberapa contoh).

Selain mengamalkan gaya hidup sihat (termasuklah membasuh tangan), tubuh juga perlu dibekalkan dengan sistem pertahanan tubuh yang ampuh. Persoalannya, bagaimana pula dengan mengambil PROBIOTIK, sistem pertahanan tubuh akan meningkat? Apakah pula kaitan sistem imun dengan perut?

Apabila berbicara mengenai sistem imun, ramai yang hanya membayangkan sel darah putih, kalenjar limfa atau vaksin, sedangkan hakikatnya bukanlah sedemikian. Usus kecil merupakan sistem imun paling utama kerana mengandungi sel imun paling banyak jika dibandingkan dengan seluruh tubuh.

Tetapi peranan usus kecil sebagai sistem imun sering kali kurang dihargai kerana dianggap hanya untuk penghadaman. Sedangkan gabungan nombor gen dalam genom mikrobiota adalah 150 kali lebih besar berbanding tubuh individu yang mereka tumpang.

“Selain mengamalkan diet sihat dan bersenam secara sederhana, mengambil PROBIOTIK adalah salah satu cara yang disarankan untuk meningkatkan keupayaan sistem imun,” kata Dr. Kazuyoshi Takeda dari Jabatan Imunologi, Sekolah Perubatan Universiti Juntendo, Jepun dalam ceramah kesihatannya yang bertajuk Peranan Sel NK dalam Imuniti: Pengaktifan Sel NK oleh Lactobacillus Casei Shirota baru-baru ini.

***Sumber maklumat: Majalah i-Sihat Edisi Disember 2013.

0 comments:

Post a Comment