Thursday 2 January 2014

Pengenalan Syarikat

KELS INTERNATIONAL(M) SDN BHD (KELS) telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 12 Oktober 2011, dan bahawa syarikat ini adalah sebuah syarikat sendirian. Penubuhan KELS dicetus dan diasaskan oleh Tuan Haji Yusmat Bin Mamat dan dibantu oleh Datuk Dr. Mohd Asri bin Mejah, Puan Hasnah Zakaria dan Encik Saifuddin bin Ilyas.

KELS adalah sebuah syarikat bumiputra sepenuhnya dengan modal berbayar sebanyak RM500,000.00 dan modal dibenar berjumlah RM500,000.00 yang ditunjangi oleh pengasas-pengasas yang berpengalaman, berpengetahuan, berkebolehan dan berkemahiran dalam bidang berkaitan dengan perubatan, pharmaceutical, pemasaran dan teknologi maklumat.

Syarikat mempunyai pejabat urusan terletak di WISMA KELS, Lot 153, Tingkat 1, Cabang 3 Jalan Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu Kelantan.

Aktiviti utama KELS adalah menjalankan perniagaan pengeluaran produk makanan kesihatan. R & D penghasilan produk dijalankan sendiri oleh pihak syarikat. Selain itu syarikat juga mempunyai rangkaian pemasaran yang bertanggungjawab memasarkan produk makanan kesihatan, penjagaan kulit, toiletries serta rangkaian kosmetik berwarna pelbagai pilihan untuk pengguna.

VISI
  • Menjadikan gaya hidup sihat dengan penggunaan produk semulajadi yang dihasilkan oleh KELS INTERNATIONAL(M) SDN BHD.
  • Menjadi sebuah syarikat pengeluaran bumiputera islam yang berdaya saing dan maju dalam memasarkan produk berkaitan pharmaceutical, cosmeceutical, neutraceutical dan herba untuk kesihatan.
MISI
  • Menjadikan kepuasan pelanggan sebagai atas keutamaan dengan mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan tempatan yang berkualiti tinggi mengikut piawaian antarabangsa.
  • Melahirkan usahawan yang berdaya saing dan hebat dalam dunia perniagaan runcit dan e-dagang dengan memberi galakkan, latihan dan bimbingan berterusan kearah kecemerlangan dan berpendapatan tinggi.
  • Menjadi peneraju dalam bidang pengeluaran dan eksport produk kesihatan dan kecantikan keluaran bumiputera islam ke peringkat global.

0 comments:

Post a Comment